03 Disember 2010

SERAWA PULUT MANGGA...

Salam, jumpa lagi diblog Kak Intan ni. Dah breakfast ke? Cuaca diluar tu walau pun dah jam 9.20 pagi nampak gelap. Mungkin tunggu masa menurunkan hujan. Tak kisah lah tu ya...semua tu kerja Tuhan kita terima dengan redha. Apa pun jum layan juadah yang Kak Intan buat ni beberapa hari yang lepas.
Dek kerana terlior menonton ASTRO AFC Chanel 703, Kak Intan pun buat lah serawa pulut mangga ni. Kebetulan pula buah mangga ada dalam fridge tu, dibeli olih Hubby semasa ke MAHA 2010 di Sri Kembangan Sabtu lepas. Sebenarnya makanan macam ni kalau kat rumah Kak Intan ni Kak Intan & Hubby sahaja yang suka layan..anak anak tak sentuh pun. Dulu dulu zaman zaman arwah emak masih ada selalunya dia gunakan buah kuinin atau pun buah bacang atau pun buah durian, memang sedap sesekali layan serawa ni jangan selalu. he..he... naik la nanti kolestrol dalam badan ni susah pulak jadinya...Ok sampai disini dulu buat kali ini...Salam dan jumpa lagi..

3 ulasan:

  1. wah nampak sedap saja..liz tak pernah tengok serawa pulut mangga ini sebelumnya...apa ya rasanya.? mangga jenis apa yang kak intan guna? apa makna serawa itu? maklum orng brunei hehehe

    BalasPadam
  2. Liz...rasanya memang sedap...kalau dikampong selalunya guna buah kuinin atau buah durian pun bolih cara memasaknya sama je Liz.Mangga apa pun bolih gunakan...rasanya lemak2, manis, masam sedap

    BalasPadam
  3. Last sekali mkn ni waktu Along kecik2 dulu... arwah abah suka mkn camni dgn buah kuinin atau buah melon (skrg ni tak pnh jumpa dah buah tu, tatau nama dia).

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...