12 Mac 2011

SPHAGETTI..MENU UNTUK DINNER MALAM NI...

Assalamualaikum,
Kita bertemu lagi dientry makan malam pula. Kali ini Kak Intan masakkan untuk keluarga sphagetti resepi dari Kak Intan sendiri. Banyak yang Kak Intan tokok tambah dalam resepi kali ni. Dapat idea masak sphagetti ni bila berkunjung ke Restoren Kunang Kunang diGombak tempoh hari. Anak anak Kak Intan kata sphagetti yang diorder tu sedap, tak terlalu masam macam yang selalu dihidangkan direstoren2 atau dihotel2 lain.
Kalau nak resepinya jum tengok apa yang Kak Intan letak
1 bungkus sphagetti- direbus dengan air yg dicampor sedikit garam dan juga majerin- masak sampai lembut, toskan.
1 botol - sos sphagetti- Kak Intan guna yg traditional jenama KIMBALL
1 paket mince beef- jenama RAMLY BURGER
4 biji bawang besar
10 biji bawang putih
sesenduk cili kering blender
hot dog dipotong bulat- nipis2
sedikit cili sos- tak guna sos tomato
serbuk lada hitam
garam
serai
daun limau purut

Caranya:-
Blender bawang besar dan bawang putih, tumiskan hingga garing dan naik baunya, masukkan cili kering siap diblender tadi, masak lagi sehingga naik baunya, masukkan mince beef (daging siap cincang), sos sphagetti dan juga sedikit air, masakkan lagi sehingga sebati, letak sos cili, serai yang dititik , daun limau purut yang disiat2 dan juga garam secukup rasa. Masak lagi sehingga pecah minyak dan agak pekat. Letakkan serbuk lada hitam dan hot dog yg telah dipotong potong tadi masak kan lagi dalam 5 minit, angkat dan bolih lah dihidangkan dengan sphagetti yg telah siap dimasak tadi. Kalau anda mencuba, rasanya ada sedikit masam manis pedas semua nya cukup, ala ala tomyam pun ada...selamat mencuba.Wassalam...

1 ulasan:

  1. jumaat aritu pun z make a speghti xsempat nk n3 lg..hehee sedap tu kak..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...