Assalamualaikum,
Selamat bertemu kembali dipagi hari Isnin ini. Tak habis lagi dengan menghadiri majlis perkahwinan, Malam kelmarin Kak Intan sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah suami di Poolside , Bukit Kiara Equestrian Country Club, K.L. Majlis bermula selepas solat Isya.
Tema malam tu ialah putih/ purple semua barang barang yang digunakan berwarna tersebut.
Perhiasan yang digunakan disetiap meja makan tetamu...seronok sebab ada tema Inggeris / moden yang digabungkan.
Dua orang pengiring pengantin ini begitu comel sekali dengan gaun yang dipakaikan.
Pasangan yang diraikan pada malam tu ialah Syamsul Kamar ( Anak saudara suami) dan juga Putri Nur Dayana.
Pasangan pengantin bersama kedua ibu bapa Syamsul Kamar.
Yang ini pula pasangan pengantin bersama kedua ibu bapa Puteri Nur Dayana.
Diantara tetamu yang turut serta malam tu ialah M.Nasir serta isterinya Marlia Musa dan juga YM Tengky Zawyah dan suami nya.
Sambil sambl menjamu selera kami dihiburkan ddengan lagu lagu dari M .Nasir...
Makan jangan tak makan, he..he... tapi malam tu Kak Intan banyak minum air dari makan.
Antara menu yang dihidangkan malam tu potato salad , dan berbagai jenis western food..
Ada juga makanan tradisional Melayu...
Akhir sekali malam tu macam berjanji la pula dengan anak anak saudara suami ni... kami semua mengenakan baju merah polos... tak tau pun he..he.. ok lah sampai disini dulu. buat kedua pasangan pengantin semoga kekal bahagia hingga akhir hayat dan semoga Allah memberkati rmah tangga kalian berdua... wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan