28 Februari 2013

JUM DECO LAGI.. KALI INI LAMPU YANG INI PULA....


Assalamualaikum,
Layan dulu gambar gambar ni ya....



SERONOK JOIN CAR BOOT SALE BANDAR SERI PUTRA KAJANG..


Assalamualaikum,
Minggu lepas Kak Intan jalan jalan ikut seorang kawan keBandar Sri Putra Kajang, melihat geng geng dari FB membuat jualan car boot sale. Lepas sahaja solat Subuh Kak Intan dan suami pun keluar rumah, menuju keTmn Setiawangsa kerumah Nik Norzarina yang juga membuat jualan car boot sale disana. Nik Nor pergi bersama sama anak dan suami nya, sesampai nya kami diSri Putra, kami tengok dan ada beberapa orang yang siap membuka boot kereta masing masing dan mengeluarkan barang masing masing, mak oiiiii macam macam ada.


Apa pun Kak Intan sempat juga membeli beberapa keping pinggan kecil ini untuk kenangan dari Nik Norzarina. Cantek cantek corak nya.

Dibahagian belakang piring2 kecil terdapat chop seperti yang tertera. 


Cantek cantek coraknya kan, sebab tu Kak Intan sangat tertarik, agak berbaloi juga dengan harga yang Kak Intan beli.

Ini lah cop yang terdapat dibelakang nya...
Insyaallah lepas ni kalau ada masa lagi Kak Intan akan kesana lagi,selain dapat berjumpa kawan kawan yang punya minat yang sama dapat juga cuci2 mata dengan barang2 barang yang cantek2. Selain itu dapat juga menderma kerana sebahagian dari hasil jualan mereka didermakan untuk mendirikan Sekolah ugama dikawasan Bandar Sri Putra tersebut. Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan buat kali ini...wassalam.

KRAFT TANGAN MENGHIAS LAMP SHADE LAGI...


Assalamualaikum,
Apa khabar? Dah beberapa hari tak update blog JARIINTANKU ini..agak sibuk beberapa hari ni. Macam macam yang dibuat. Antara nya ini lah aktiviti terbaru Kak Intan, menghias lampshade yang Kak Intan tukar sarung nya dari berbunga kepada polos.

Seronok buat kerja kerja ni, kalau bolih macam macam yang nak ditambah untuk mencantekkan nya, kali ini Kak Intan tambah lace yang biasa nya orang letak/jahit pada baju, tapi entah macam mana terfikir pula nak menghias nya pada terendak lampu ni.
Jadi ini lah hasil nya yang dapat Kak Intan kongsikan disini. Dulunya lampshade ni berbunga bunga, tapi warna nya agak kusam, jadi Kak Intan ambil keputusan untuk menukarkan seperti yang dilihat sekarang. Ok layan dulu gambar gambar ni ya... wassalam.

15 Februari 2013

TERIMA KASIH PADA ENCIK HIDAYAT FAHMI HANTARKAN ALMARI TU SAMPAI DEPAN PINTU.

 Assalamualaikum,
Dah lama Kak Intan order almari tu dari En Hidayat Fahmi di Sungai Petani Kedah, rasa nya sebelum Aidilfitri tahun lepas lagi, akhirnya pada pertengahan Disember lalu En.Hidayat dan isterinya baru sempat menghantarkan nya kerumah Kak Intan.

Dah tak tahu mana nak letak kan lagi..letak aje lah kat penjuru tepi tu.Ok la kan tak la nampak padat sangat. Memang dah lama berkenan dengan almari putih ni, kebetulan tengok harga yang Encik Hidayat berikan sangat memuaskan dan berbaloi baloi, apa lagi tak tunggu dah cepat cepat rembat satu, kebetulan saiz nya pun tak la besar sangat sesuai la untuk rumah burung macam rumah akak ni kan..
Tapi tu lah...dah nampak berbelang2 pulak perabut kak Intan ni kan...kalau dapat diputihkan semuanya satu hari nanti kan ke bagus... insyallah berangan je dulu ni, mana tahu esok lusa ada rezeki bolih ubah kewarna putih pula semuanya...  Layan dulu ya... wassalam..

MINUM PETANG DGN KEK CHOKLAT MOIST


Assalamualaikum
Selamat petang Jumaat, dah minum petang ke? Kalau belum sambil duduk duduk layan gambar2 kat blog JARIINTAN KU ini, jum jengah  minum petang Kak Intan entah bila nya ni, dah lama tertunda sebulan yang lalu kalau tak silap he..he...

Petang tu sambil duduk mengadap pc, perut terasa lapar,  cepat cepat pergi jerang air didapor, tapi tak tau apa menu nak makan, pergi selak selak dalam ice box, he...he... ada lagi balance balance kek choklat yang anak Kak Intan beli. Diorang ni sebenar nya peminat dengan kek choklat, cuma mak nya aje yang kurang minat nak membuat, jadi kalau sesekali nak makan tu Kak Intan pergi aje kedai kedai kek orang Melayu kita sekitar Wangsa Maju ni. Sesekali kalau Kak Intan kePasar Tani Taman Melawati Kak Intan juga suka beli kek choklat ni dari sana, ada sorang kakak tu memang dah jadi Kak Intan punya regular customer dia..he..he... betul ke ayat kak Intan ni...ok apa apa aje lah..
Apa pun kek choklat yang Kak Intan biasa beli ni memang sedap, kalau tengok kat gambar ni pun kek nya nampak basah dan lembut aje kan..Ok sampai sini dulu ...Kak Intan nak mengundurkan diri terlebih dahulu... nanti kita sambung cerita lagi, wassalam.

14 Februari 2013

KOLEKSI TERKINI DARI ASMAWATY IBRAHIM...


Assalamualaikum,
Mula mula dulu tak berapa berminat dengan koleksi2 pinggan macam ni, tapi bila tengok kat blog2 Minah Salleh koleksi2 pinggan ni diorang gantung kat diding cantek pula nampak nya, lebih lebih lagi yang berwarna merah memang cepat aje mata ni tertarik he..he...

Beberapa minggu yg lepas bila Asmawaty Ibrahim duk tayang kan barang dagangan nya diFB mata Kak Intan terpandangkan koleksi ni...apa lagi cepat2 buat order dengan Asmawaty , alhamdulillah dah sampai pun sebelum Tahun Baru China hari tu.
Bila dah sampai tak sabar nak gantung terus disini..ok kan memang menarik bila dah digantung macam ni... layan dulu ya koleksi terkini Kak Intan ni, sampai jumpa lagi wassalam.

KUEW TEOW KUNG FU..JUM LAYAN


Assalamualaikum,
Hari ni pepagi lagi Kak Intan dah terfikir nak makan kuew teow kung fu, mulanya beli kuew teow nak buat kuew teow goreng macan yang selalu masak tu memang suka, sedap tapi last minit terfikir pulak nak makan yang bekuah pepagi ni, selak selak kat Google nampak resepi kuew teow kung fu ni. Apa lagi follow aje lah apa yang tertulis didalam My Resepi tu, jum tengok kat mana kak Intan dapat resepinya ni... http://www.myresipi.com/top/detail/597 (disinilah resepi yang Kak Intan ikut ya. bolih tahan sedapnya.

Kalau nak lebh sedap buat macam ni cilinya, fuhhhhh memang berasap makan dengan cili padi potong + kicap cair ni he..he....kalau tak percaya cubalah buat mesti tak cukup nanti...
Ok setakat ini dulu Kak Intan share resepi Kak Intan kali ini, lain kali kita share resepi yang lain pula, oh ya...terima kasih juga pada My Resepi yang berkongsi resepinya disini, wassalam.

12 Februari 2013

MENDEKO LAMPSHADE COVER LAGI DENGAN LACE


Assaamualaikum, 
Selamat bertemu kembali, masih bercuti lagi ke? Sempena cuti Tahun Baru China, ini lah aktiviti Kak Intan dirumah. Seronok pulak nya buat kerja kerja sebegini bila tengok hasil nya.

Kebetulan kain lace ni masih ada stok lagi dalam simpanan Kak Intan, apa lagi  buat aje lah menggunakan stok yg ada. Tapi sayang stok untuk lace sekeliling lampshade ni dah habis, pergi cari dikedai yang menjual nya pun dah habis juga...jadi gunakan lah mana yang cukup.
 
Ditengah tengah lampshade tu pula Kak Intan letakkan broach yg tak digunakan lagi. Ok siap dah he...he... sampai disini dulu ya...nanti ada lagi aktiviti lain kakIntan sharekan disini ya...wassalam

08 Februari 2013

KOLEKSI PUCUK REBUNG....

 Assalamualaikum,
Bercerita lagi tentang koleksi koleksi lama hari ini, masa ke Batu Pahat tempohari Kak Intan juga dapat menambah lagi koleksi pucuk rebung ni. Mulanya Kak Intan cuma beli untuk kiriman seorang kenalan dari Singapura, apa yang terjadi dengan Kak Intan sekali dah terpikat dengan koleksi koleksi ini. Yang kat atas tu saiz yang Kak Intan dapat agak besar sikit, satu yang lungkum dan satu lagi yang rata bentuk nya...aduiiii bila dah kena basuh dan diclorox memancar2 kilat nya...
Yang 2 pasang dibawah n sais nya agak kecil tapi sangat cantek kalau zaman zaman mak kita dulu2 diorang letak wajik atau dodol dalam nya kan. Tapi dulu2 Kak Intan tak kisah sangat pun dengan barang barang ni, bila dah usia2 begini bila nampak barang2 ni macam berharga dan banyak kenangan nya pula. Ok sampai sini dulu ya...nanti kita sambung cerita yg lain pula. Wassalam...jumpa lagi.

06 Februari 2013

SARAPAN PAGI DENGAN LAKSAM...



Assalamualaikum,
Menu sarapan pagi semalam, teringin bila kepasar berdekatan rumah Kak Intan pagi semalam bila ternampak ada orang jual laksam. Selalu nya susah juga nak dapat kalau pepagi macam tu, rupanya kata sipeniaga kedai tu ada kawan nya yang tumpang berniaga digerai nya.

Bila dah nampak , apa lagi cepat cepat order dua bungkus untuk makan dirumah. Selalu nya kalau Kak Intan nak makan laksam ni  beli dari pasar malam aje. Mula mula dulu memang tak pandai makan laksam ni, dek berjiran dengan orang Pantai Timur, kak Intan sekarang jadi suka dan kekadang tu ketagih nak makan laksam ni. Betul la bak kata pepatah, belum cuba belum tahu...sekali dah rasa. pasti nak lagi he...he...ok Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu nak siapkan anak anak nak kesokolah dah ni... wassalam.

JALAN JALAN KERUMAH MAK JAH SAMBIL CUCI MATA DENGAN PML (PINGGAN MANGKOK LAMA).

 Assalamualaikum,
 Selamat bertemu kembali, baru saje selesai memasak , sambil sambil tu Kak Intan nak ceritakan perjalanan Kak Intan dan suami serta sepupunya suami isteri kerumah Mak Jah Ahad lepas. Kami bertolak awal pagi dari Melaka (malam tu kami bermalam semalaman diMelaka sebab nak jalan jalan diJONKER STREET). Sepanjang perjalanan hujan renyai renyai pagi tu - best juga sebab cuaca tak berapa panas), mulanya kami ingat nak cari tempat bersarapan diMelaka pagi tu sebelum bertolak keBatu Pahat, pusing punya pusing kami terus aje kerumah Mak Jah memandangkan Mak Jah dah siapkan sarapan untuk kami semua he...he... thanks Mak Jah ekkk...

Sampai rumah Mak Jah lebih kurang kul 11 pagi gitu, dah siap terhidang atas meja Mak Jah dengan ubi keledek rebus cicah sambal kicap, soto dan juga mee goreng... apa lagi terus aje kami bersarapan bila dijemput dek Mak Jah dan Pak Long (suami Mak Jah)... alhamdulillah kenyang sudahhhhh.. Mak Jah he..he...rupanya rezeki kami pagi tu memang dirumah Mak Jah bukan nya diMelaka.

Sambil2 duduk sembang mata Kak Intan tak berkelip melihat koleksi koleksi Mak Jah yang semakin bertambah didalam rumah nya, paling tak senang duduk bila tengok koleksi ROSA yang berwarna pink Mak Jah gunakan untuk meletak hidangan pada pagi tu, sekali lagi seronok tak terhingga bila nampak teko CINDERELLA nya hu huuu... dah lama idamkan tapi belum lagi dapat la Mak Jah oiiiii...

Buat pengetahuan semua Mak Jah dan suami nya Pak Long ni (panggilan kami dalam group pengumpul pinggan mangkuk lama) ada lah peminat tegar dengan barang barang lama ini...tengok tu Pak Long duk kumpul ketam untu kayu, ingat dulu2 arwah ayah Kak Intan juga ada ketam papan ni (nanti balik kampong kena selongkar barang2 dalam stor rumah pusaka tu ha..ha....)
 Dalam gobok rumah Mak Jah ni penuh dengan set pinggan mangkok lama lama zaman2 50-70 dulu, macam macam corak yang Mak Jah dan Pak Long kumpulkan.

Intai intai dalam lemari Mak Jah yang satu ni nampak set set lama corak SAKURA dan juga ROSE HITAM...memang cantek sangat. SAKURA memang jadi Kak Intan punya idaman...tapi susah nak dapat dah sekarang ni.


Selain dari itu barang barang dari ayan (enamel) juga jadi perhatian dirumah Mak Jah dan Pak Long ni...dulu2 masa kecik ini lah barang2 yg mak ayah kita gunakan didapor, sekarang barang barang ni dah jadi berharga sekali.

Masuk pula kedapor Mak Jah nampak susunan teko2 nya berbagai2 bentuk dan juga corak, cantek2 kan.

Macam macam saiz juga ada, dari besar sampai la yg kecil, walau pun tak ada penutup tapi semua tu tak jadi masaalah kan Mak Jah.
 Bukan itu sahaja Mak Jah juga peminat barang english decor, Kak Intan minat sangat dengan baju lace putih ni yang dipakaikan nya pada patung tu...aduiiiiyaiiii.
Masuk bahagian dapor Mak Jah ni...cuba tengok pink colour lagiiiii...semuanya nampak tersusun kemas semuanya kan..ok layan dulu gambar sekitar rumah Mak Jah dan Pak Long ni...nanti kita pergi rumah orang lain pula lepas ni ya...wassalam.

05 Februari 2013

KOLEKSI AIR MATA JERNIH...


Assalamualaikum,
Selamat malam Selasa, tetiba bila nampak koleksi pinggan mangkuk kaca lama ni hati jadi suka pulaknya... Masa jalan jalan singgah kerumah En Shariff diBatu Pahat kelmarin  terpandang koleksi ni dalam almari galeri nya. Tapi tak banyak yang En Shariff letak digaleri tersebut, hanya beberapa biji sahaja katanya. Apa pun bila bagitahu kat suami Kak Intan, yg Kak Intan dah berminat dengan koleksi ini, suami Kak Intan pun setuju dengan minat Kak Intan ni he..he.. alhamdulillah.. Cepat cepat pilih 6 lapik cawan ni...


Balik dari rumah En Shariff , Kak Intan singgah pula keRengit, jalan jalan sepanjang jalan dikedai secondhand disitu terjumpa pula set ni lagi...apa lagi cepat cepat rembat. Harga nya pula amat2 berpatutan sekali..huhhhh rasa puas hati sangat.
  Bolih juga buat mangkuk bubur yang ini kan, dapat 2 set aje kali ni jadi lahhhhh..esok esok kalau jumpa lagi bolih tambah 2set lagi mangkuk bubur ni.


 Paling seronok bila nampak yang bentuk oval ni.. macam macam bolih letak didalam nya kan... s dapat juga 2 set . Lepas ni cadang nya nak cari pinggan makan saja lagi he..he... minat yang tak disangka sangka datang tetiba aje.

Ini lah semuanya yang dapat Kak Intan kumpul semasa keBatu Pahat tempohari.. Puas hati dah sebab harga nya sangat2 berbaloi.
Ok Kak Intan out dulu wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...